Ya Ramadhan..

Assalamualaikum..
Selamat Datang Ya Ramadhan.. Moga peluang kali ini, memberi peluang mendapat yang terbaik..moga Ramadhan kali ini lebih baik dari tahun2 lepas..
Lagi 3 hari INSYAALLAH..

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada Rakan2 semua..
Moga kita lebih semangat untuk mempertingkatkan lagi amal ibadah dan memperbaiki akhlaq kita..maklulmlah, Ramadhan bukan hanya kita berpuasa tetapi masa untuk kita memperbaiki akhlaq kita moga lebih sempurna.. nak-nak pulak, sekarang dah berstatus ibu, harusnya menjadi contoh buat anak2 kita..

Jom!!!! Tingkatkan QUALITI ibadah kita..

Wassalam..

my little Cheff...ADAM!!!

Assalamualaikum..
Sejak ada anak2 nii..seronok bercerita pasal anak jek..bukan tak de topik lain..tp dah itu jelah modal yang ade bagi seorang suri rumah yang fulltime menguruskan anak2 kann..nak citer pasal jiran tetangga..rase not nice lah.. (macam la close sgt ngan jiran..hehehe)

Walau selalu (bkn kadang2 tau) pening kepala..penat melayan kehendak dan celoteh si anak,campur dengan 'naught'y n manja2 sikit..tp bila bercerita pasal diorang ni..rase seronok jek..always, kene ade story pasal anak2 specially cik ADAM ini untuk direport pada ayahnye..so,berbaloi la ayah call jauh2 just semata-mata nak dengar khabar anaknyee...kan..kan..

So, hari ini ibu ade mood sikit nak masak Gulai Ikan Kembung Kacang Bendi dengan Sayur Kubis Goreng mix Daging.. masak untuk adam je..coz ibu kene control makan sekarang..hehehe..Diet la kata kan..
En.Adam ni sibuk je mintak kerusi cakap nak tolong ibu basuh pinggan..emm..bila ibu cakap "tak perlulah..ibu boleh buat sendiri, lagi pun nanti basah baju bola adam tu.."
Adam; "tak pe, adam boleh pakai nii" (sambil tunjuk ke arah apron yg tergantung).
emm..menang jugak kamu yek en.adam.. bila diberi semua yang diminta, operasi adam pun berjalan lahhh.. dibuka paip..padahla tak de mende pun nak dibasuh...


Ibu selalu ingat pesan ayah..kita support minda anak2 dgn memberi ruang dan peluang mereka menunjukkan skill dan ape sahaja yang mereka nak buat..kita hanya pantau shj supaya dapat elak kecedaraan shj..dr situ, anak2 lebih confidence dan idea dapat diluahkan..minda mereka akan berkembang..

Wahhh..pandai anak ibu basuh sayur bendi..hehehe..lulus dah lah mcm nii..bila dipuji ingat dia nak blah dah..tp rupa2nye dimintak pulak ikan nak cuci.. ni dah lebih..kang hancur lak ikan nii..
"Opss..ikan ni tak boleh..ibu dah cuci dah, adam cuci benda lain lah pulak.., boleh?"
" ok"..jawab adam.
Akhirnya, adam hanya tolong cuci bekas-bekas yang ibu guna utk memasak aje..
Bila sudah puas main dengan air, baru dia nak berenti..

Itulah keletah anak2 yang kadang-kadang kita tak perasan, bahawa kita sedang menajdi guru padanya.. Hehehe, naik pangkat pulak jadi Guru..lepas ni nak jadi Guru Besor pulok lahh..

Sempat jugak ibu snap anak ibu yang 'rajin' menyibuk nii..hehehe..

Layannn..



MENGAPA WANITA SANGAT ISTIMEWA...

Assalamualaikumm....
I'm so interested bila terjumpa post2 mengenai perempuan..nak-nak pulak yang memuji wanita..hahaha..jangan jeles cik lelaki diluar sana yek..mungkin artikel2 begini untuk memuji wanita, minta wanita itu dihargai oleh lelaki terutama cik somi n anak2, atau cerita camni jugak boleh diguna untuk membodek cik somi..hehehe..bkn bodek ape..kot2 dapat sponser honeymoon lagi ke..hehehe.. Saya hanya copy jek artikel nii..utk kita sama2 share.. mintak izin yek tuan punye post..



Layannnnnn!!!!!!!!


Mama dan Papa sedang menonton TV, seraya mama berkata. "..i letih la..dah lewat ni, i nak tido lah...."
Mama pun pegi dapur nak tutup tingkap dapur, nanti masuk pulak lipas...leceh pulak nanti..dah tu, ade pulak rice cooker dalam sink..rendam lepas makan tadi..basuh jap...
susun pinggan kat rak, lap dapur..terpercik kena sambal masa masak tadi...check air panas dalam flusk..takut habis pulak nanti malam anak nak susu...memang dah kering pun flusk ni, jerang la air...sementara tunggu air masak, nampak pulak bekas gula dah kosong....salin la gula...chec k bubur untuk anak nak hantar ke taska esok..nasib baik ade lagi...ishh. ..ni lauk bila ni, semalam...dah beku dah...basuh la kejap....pegi yard, masukkan baju kotor dalam mesin basuh...penat dah ni, besok je la basuh...sidai kaian lap je lah...
tik...bunyi air dah masak...salin air dalam flusk...ok settle...

baru teringat tak semayang lagi...on da way nak g bilik, papa tgk tv lagi...nampak pulak beg anak untuk hantar ke taska...check. ..baju 2 pasang, towel...towel kecik utk selsama...calamine lotion untuk sapu ruam...pampers 4 keping....alamak. .telupa pulak masukkan botol...basuh botol jap...ok settle...

ternampak pulak beg g keje...emm.. besok nak pakai beg polo coklat lah, asik2 pakai beg hitam ni je...salin jap barang2 g beg coklat...cek sume 6 poket beg, takut la tetinggal apa2..leceh pulak..selalunya barang yang tertinggal tu la yang nak pakai nanti...hishhh sempit la beg ni...hangin je...nak kena beli ni beg baru...rasenya 25 hb ni Sogo sale nih...mana flyers tadi ek...ha ni die..ok, catit jap kat yellow sticker, nanti lupa..ok settle...

Tetiba dengar suara papa..."..u buat apa lagi tu..tadi kata nak tido.."...."..yelah nak tido la ni..nak smayang jap..."

masuk toilet..buat apa2 yang patut...cuci muka dulu..2 jenis lak tu...adoi..gosok gigi...smayang. ..pakai toner...pakai treatment cream...nak lawa and maintain punya pasal lah ni...
nanti orang kata baru anak satu dah macam anak 4 pulak...huhuhuhu. ..

bukak almari...emmm. ..pakai baju hijau ni lah besok...gosok kejap..check baju papa, baju papa pun kena gosok jugak ni...kat bilik belakang...
la, napa komputer ni tak tutup ni..gelas kopi pun ade lagi, dah bersemut dah..ishhh ...g dapur, basuh, sambung gosok baju...gantung elok2...kemaskan baju gantung2...masukkan seluar papa yang dah kotor dalam tempat kotor...ok settle..

dgr suara papa lagi..."..i dah ngantuk ni.."..dalam pada nak masuk ke bilik...owh. ..pokok aku dah nak mati ni ha..lu pa dah 3 hari tak siram...ok, siram jap...check jap pintu ni...sah tak kunci lagi...grill pun tak tutup..ni kalau tak check ni, senang2 je mat indon masuk rompak umah aku...bukak lampu luar..

ni mainan ni sepah2...masukkan la dalam bakul mainan budak ni...banyak nya...sampai bawah meja makan pun ade...adoi.. ..ok dah ...

ok dah boleh baring...adoi sakitnya pinggang...cium si comel ni kejap...selimutkan die...la..napa basah ni...emm, tukar la pempers ni...tak bagus la brand ni, nanti nak tukar lain la...nanti g Sogo 25 hb ni beli la skali...ok sayang tido k...kalau boleh jangan la bangun tgh malam ni eh..tido sampai pagi k...gud nite..sweet dreams...

aaahh...sedapnya dapat baring...mana pulak lotion sapu kurus aku nih...ha, ni dia...sambil sapu lotion kurus,,,setkan alarm...setkan program kerja besok...pg kul 9.30 ade meeting..
ahh...boring. ..panas pulak lotion nih..dah la...emm..sedapnya lelapkan mata...Ya Allah...terima kasih untuk rezekiMU hari ini,. ..mohon keberkatan dari mu tuhan...papa pun bangun tutup tv..."...i dah ngantuk sangat ni...nak tido lah...citer pun tak best malam ni, bola pun takde..."...selang seminit ...dengar suara papa berkeruh...dah agak dah....

So?....apa yang peliknya..??

Anda tahu kenapa wanita hidup lebih lama?...SEBAB ADE BANYAK KERJA NAK KENA BUAT....tu yang tak boleh nak mati cepat tu...

Hantarkan ke 5 WANITA yang anda rasa hebat...pasti anda disayangi kerana memahami mereka...well, women understand women better...
foward jugak kat lelaki-lelaki so mereka akan hargai emak, isteri, dan kawan 2 dengan lebih baik lagi...

Tak kira la wanita berkerjaya atau surirumah... setiap wanita adalah istemewa dengan cara mereka sendiri...

Kalau lelaki mengakui kebenaran ini....hormat dah hargailah mereka...untuk keperibadian dan kebolehan mereka untuk berdikari...

BERSIH 2.0

Cerita ni sudah 1 minggu berlalu..blogger2 lain dah penuh n3 dorg pasal BERSIH nii.. tapi bila BERSIH 2.0 sudah selesai, baru nampak rupa2nye ramai yang tak paham ape itu BERSIH.. ramai yang inagt itu adalah PARTI..so, saya nak share n inform to those yang tak paham or buat2 tak paham.. so, saya pun cari mane2 blogger yang ade tulis..finally,jumpa jugak.. u all boleh tgok kat sini yek..
http://amenoworld.blogspot.com/2011/07/fakta-bersih-yang-anda-mesti-tahu.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+amenoworld2+%28Ameno+World%29&utm_content=FaceBook

....Apa itu bersih?
bersih ialah satu kempen. Ia bukan parti politik. Oleh itu ia tidak memerlukan ROS dan apa2 pendaftaran sekalipun. Anggap sahaja kempen 1malaysia sebagai contoh. Sepertimana najib kempenkan 1malaysia untuk menyatupadukan rakyat [itu alasan najib, tetapi bukan itu yang akal aku tafsir] malaysia pelbagai kaum.


Apa kempen BERSIH?
Kempen bersih ialah membantu menambahbaikpulihkan sistem SPR. 8 perkara bawah neh di tuntut ;

1. BERSIHKAN SENARAI UNDI - Terdapat kecelaruan maklumat dalam sistem spr sendiri. Ini ialah salah satu contoh. Jadi kita minta SPR bersihkan senarai undi mereka. Kita tidak tuduh SPR kotor. Contoh ;

Bersih : Saya nampak ada kotoran di belakang baju awak lah!
SPR : Yeke? Mana2, saya tak perasan pun.
Bersih : Ada di belakang awak, mari saya tolong bersihkan.
SPR : Terima kasih ya. Lain kali saya akan lihat sendiri di cermin supaya masalah yang sama tidak berulang lagi.
Kita nampak ada kecelaruan maklumat, kita bagitau SPR supaya dia betulkan. Simple. Kita bukan marah + tuduh + fitnah + atau nak perang.

2. MENREFORMASI UNDI POS - Sistem undi pos yang ada ini tidak relevan. Aku ada saudara yang bekerja sebagai askar. Dia tidak pernah mengundi. Dia masih seorang askar sehingga ke hari neh. Dan dia tahu bahawa undi dia adalah reserved untuk BN. Bukan kah ini negara demokrasi? Jangan gunakan undi pos untuk hal sendiri. Bagi peluang kepada mereka untuk memilih dan memangkah apa yang mereka sukai.

Jangan jumpa / meeting dengan mereka sehari sebelum dan selepas undi pos. Kenapa perlu "nasihat" supaya mereka sedar bahawa mereka bekerja dengan siapa, makan duit siapa, kena kenang budi dan sebagainya. Jangan. Bagi mereka pilih apa yang mereka mahu. Jangan ugut dan jangan paksa. Sebab itu sistem undi pos seharusnya dihapuskan. Biarlah mereka mengundi sesiapa yang mereka suka dan perkara itu haruslah dirahsia bagi menjaga privacy masing2.

3. GUNA DAKWAT KEKAL - Kita mahukan penggunaan dakwat kekal. Perlu supaya tidak berlaku pemanipulasi. Kita tidak mahu satu individu boleh mengundi di seratus tempat yang sama. Selepas dia mengundi, kita cop dia. Biar kita tahu bahawa dia telah mengundi di satu2 kawasan dan tidak boleh mengundi lagi di mana2 kawasan yang lain.

4. MASA KEMPEN MINIMA 21 HARI - kita mohon masa kempen yang panjang supaya kita boleh bersedia untuk berkempen. Itu sahaja.

5. AKSES MEDIA YANG BEBAS DAN ADIL -Kita mahukan media yang bebas dan telus. Kita bukan mahu media yang bodek satu2 parti. Kita tak perlukan media pro pembangkang dan sebagainya. kita cuma mahukan media adil yang melaporkan kes berdasarkan fakta. Itu sahaja. kita tak minta media menipu dan menfitnah mana2 individu demi kita tetapi kita cuma minta media bersikap telus dan adil. Adakah permintaan ini berat dan sukar bagi SPR?

Peranan media sangat penting untuk menyampaikan maklumat direct kepada rakyat. Apatah lagi media arus perdana dipelopori oleh pro kerajaan atas pelbagai sekatan dan tekanan polisi kerajaan terhadap mereka. Ibarat sistem AUKU. Kita mahukan sekatan neh di hapuskan. Laporkan yang jujur dan benar sahaja. Susah sangat ke?

6. KUKUHKAN INSTITUSI AWAM - Institusi awam harus dibebaskan daripada kekangan dan peraturan yang tidak munasabah. Dalam erti kata lain, tangan ghaib tidak patut timbul dan masuk campur dalam apa2 hal yang melibatkan kepentingan rakyat dan dasar negara untuk mempengaruhi keputusan dan tindakan agar merasionalkan tindakan yang salah.

7. HENTIKAN RASUAH - Seringkali berlaku rasuah dan penyelewengan dalam kempen pilihanraya. Benda itu sangat terang dan terbukti banyak kali. Oleh itu kita minta SPR alert dan faham bahawa rasuah ini sangat bahaya. Ianya ialah penyakit. Rasuah boleh merosakkan dan membinasakan negara.

Sepertimana yang kita alami sekarang, kesan akubat rasuah. Disebabkan rasuah lah kita lihat pelbagai projek mega terabai, bangunan runtuh, projek yang tak lulus qc tapi di approved dan macam2 lagi. Terlalu banyak. Andai wakil rakyat menang dengan cara rasuah sudah tentulah dia akan gunakan cara yang sama untuk kekalkan kuasa dan ketika berkuasa, sudah tentu dia akan merasuah dan memberi rasuah. Akhirnya yang menjadi mangsa ialah rakyat jelata.

8. HENTIKAN POLITIK KOTOR - Inilah amalan yang kita mahu SPR faham. Amalan neh tidak bersih dan tidak boleh diamalkan. Politik kotor dengan menyerang peribadi, menfitnah, mengaibkan, mencabut banner, melarang pembangkang berceramah dan berkempen politik, menutup kawasan ceramah, menggunakan polis untuk menghentikan ceramah, sengaja tak beri permit ceramah, sempadankan semula kawasan, dan macam2 lagi lah benda yang tidak sepatut timbul.

Di negara yang demokrasi neh kita minta agar SPR izinkan kita bertanding secara adil dengan pihak yang lagi satu. Apa salahnya bertanding secara adil dan saksama? Bukanlah kita meminta perkara yang bukan2. Kita cuma minta jauhi amalan politik kotor dan kita bertanding secara adil.

Sekarang sudah faham? Baiklah apakah anda boleh bersama bersih ataupun tidak?

Bersih diketuai oleh AMBIGA. Ambiga ialah orang kafir. Ambiga menyokong murtad lina joy.
Ya. Pengerusi bersih ialah ambiga. Ambiga ialah orang bukan islam. Ambiga menyokong lina joy selepas dia murtad selama 8 tahun. Maksudnya disini ialah ;
lina joy murtad selepas 8 tahun baru jumpa ambiga. Dan ambiga tiada kena mengena dengan lina joy sehinggalah berlangsungnya satu forum memeluk islam. Ini bermaksud selepas lina joy murtad lapan tahun dia jumpa ambiga. Jadi selama lapan tahun neh siapa yang murtadkan lina joy? Lina joy sendiri. Dia sendiri yang murtadkan diri dia dulu, kini dan mungkin akan datang.

Ambiga bukan orang islam. Tak aneh apabila dia jumpa orang murtad dan dia menyokong mereka. Sama seperti kita. Apabila kita jumpa mereka yang memeluk islam sudah tentulah kita sokong mereka. Contoh situasi ;
1. Orang islam = murtad masuk kristian = jumpa geng kristian = geng2 kristian defend dia
2. Orang kristian = masuk islam = jumpa geng islam = geng2 islam bela dia

Ini situasi yang normal. Belajar menerima kenormalan neh. Yang tak normal apabila ada orang islam sendiri yang sokong murtadnya lina joy. Siapa mereka itu? Mereka itu individu yang membiarkan lina joy murtad selama 8 tahun tanpa apa2 pemantauan dan pertolongan. Siapa mereka? Ahli keluarga lina joy ada jawapan nya. Tak boleh salahkan kerajaan [umno] dan perlembagaan semata2. Iman itu terletak atas diri sendiri. Kalau kita nampak ahli keluarga yang murtad, kita kena bantu. Cari jalan untuk selamatkan mereka, bukan biarkan mereka bertahun2 sehingga mereka jauh tersesat ke dalam.

Sampai kita nak selamatkan lagi pun dah tak boleh. Benda neh bila sampai ke pengetahuan masyarakat pada tahun 2007 [tak silap] dah tak boleh ubah apa2 sebab lina joy dah murtad selama 8 tahun tanpa pengawasan dan berhasil tukar ic daripada nama azalina kepada nama orang kristian.

Apa yang kerajaan boleh buat pada ketika itu ialah dakwahkan lina joy tetapi tiada peruntukan undang2 seperti itu. Bila kerajaan sendiri tiada ubat untuk mengubati maka disini lah kerajaan dikecam. Kita tidak kecam kerajaan kerana lina joy murtad. Tetapi kerajaan dikecam kerana tidak mampu mengubati kemurtadan lina joy. Ada beza disitu.

Ambiga ada kaitan dengan IFC. Ini bahaya.

Aku tidak tahu hal ini secara jelas. Yang aku tahu ambiga dan paklah masing2 menerima memo. Itu sahaja. Belum lagi nampak apa2 perkara yang boleh mengaitkan ambiga secara langsung dengan IFC sehingga kini. Akan datang aku tidak tahu. Apa pun IFC memang wajar ditentang oleh orang islam. Perjuangan bersih dan IFC ialah dua perjuangan yang berbeza.

Jangan bawa sentimen keagamaan dalam perjuangan bersih kerana bersih memperjuangkan pilihanraya yang bebas dan adil. Bukan muslim yang boleh keluar masuk islam sesuka ahti. Tiada dalam mana2 8 kempen bersih menyatakan apa2 perjuangan IFC. Dan SIS = salah seorang penyokong bersih dan IFC = marina mahathir = anak mahathir = ada kaitan dengan kerajaan. Sila lihat isu neh dengan lebih meluas dan adil.

Jadi, boleh sokong bersih sekarang?

Bersih ada kaitan dengan komunis!
Arh sudah. Tadi murtad + lina joy + ifc. Kini alasan baru pula. Bersih tiada kaitan dengan komunis. Boleh menolak bersih. Tidak salah.Tetapi harus menolak atas sebab yang benar dan bukan sebab rekaan. Mengaitkan bersih dengan komunis..ini mitos. Fakta nya ialah bersih tiada kaitan dengan komunis.

Bersih ialah pertubuhan haram!
Bersih bukan pertubuhan ataupun parti politik. Bersih ialah kempen sama seperti kempen 1malaysia. Oleh itu tiada pendaftaran diperlukan.

Bersih agenda yahudi !
Arhh lagiii.. sampai bila nak habis? Bersih tiada kaitan dengan yahudi. Sama seperti isu komunis yang mana kerajaan tiada bukti bahawa bersih = komunis, maka seperti itu jugalah isu bersih = yahudi, tiada bukti pun! Hanya cakap2 nak menakutkan dan menghilangkan sokongan sahaja.

Bersih terima dana asing!
Bersih terima dana tetapi bukan dari pihak luar sebaliknya dari rakyat malaysia yang mana dana itu digunakan untuk melancarkan gerak kerja dan kempen2 bersih.

Bersih diperalatkan oleh ambiga untuk berkuasa dan merampas kuasa orang melayu!
Selepas berlalunya bersih 2.0, najib dan barisan pimpinan bercakap bahawa anwar memperalatkan bersih untuk berkuasa. Jadi dimanakah tuduhan yang betul sebenarnya? Bagi satu tuduhan yang betul maka barulah aku boleh menjawab. Agak pening nak menjawab isu neh sebab, kejap2 ambiga peralatkan pas, kejap2 anwar peralatkan bersih, kejap2 pembangkang peralatkan bersih.

Jadi yang mana satu betul? Ke, kesemua tuduhan di atas? Jika ya, maka jawapan nya adalah sama untuk kesemua soklan dan tuduhan iaitu

TIDAK!
Sebaliknya rakyat memperalatkan bersih kerana kita nak kan bersuara untuk ketidakadilan disini. Kita marah barang naik. Kita marah gaji kecik. Kita marah ekonomi teruk. Kita marah kerajaan rasuah. Kita marah itu ini, berbekalkan sentimen itu lah kita memilih untuk bersama bersih disamping kita juga suka dan setuju dengan tuntutan 8 perkara dalam bersih.

Ini kerana kita percaya bahawa antara punca2 kesusahan kita pada hari neh ialah disebabkan berlakunya penindasan dan ketidakadilan dalam sistem pilihanraya yang memungkinkan memenangkan wakil rakyat jahat sekaligus menindas warga marhaen.

Isu mengangu-gugat kuasa orang melayu tidak patut timbul kerana perlembagaan sudah menjanjikan hanya orang islam boleh menjadi perdana menteri. Maka usah khuatir. Bukan kah anda yang bilang melayu = islam kan? Heh.

Sebelum bersih, berlaku pelbagai tuduhan bahawa bersih ada kaitan dengan keganasan, motolov cocktail dan sebagainya.

Jadi? Adakah polis menemui apa2 bukti selepas bersih berlalu? Tidak bukan. Jadilah orang yang berani. Berani buat kajian sendiri. Apa salahnya memahami susur galur bersih. Jangan jadi orang yang suka menolak. Belum apa2 dah haram. Itu dap. Itu pas. Itu sesat. Itu komunis. Itu liwat dan sebagainya. Jangan. Masing2 ada akal.

Gunakan ia untuk menilai. Tanya kawan2 yang pergi demo bersih. Apakah mereka murtad dan menerima wang yahudi selepas demo? Apakah ada polis yang kena bom? Apakah ada mana2 kedai dipecahkan? Jalanraya sesak dan ditutup oleh pihak polis di atas kefobiaan mereka yang melampau. Walaupun sudah berulangkali kita menegaskan bahawa pihak polis boleh tentukan mana2 jalan yang kita patut guna untuk menuju ke stadium tetapi akhirnya hak kita dinafikan. Segala apa masalah yang dihadapi oleh rakyat malaysia pada hari itu, sama sekali bukan datang dari pendemo bersih.

Perjuangan pendemo bersih ialah untuk anda dan masa depan anda semua. Bukan semua berani turun demo dan bukan semua mampu pergi berdemo. Apa salahnya anda menghargai orang yang telah berdemo untuk masa depan anda yang lebih baik? Apa salahnya untuk anda menerima dan memahami kenapa mereka berdemo? Perjuangan bersih ialah untuk kepentingan kita semua. Ya, untuk kepentingan rakyat malaysia.

Oleh itu daripada kita bertelagah untuk hal yang tak perlu, tidak pasti dan fitnah, Marilah kita rakyat bersatu untuk bersihkan negara neh dari segala korupsi dan helah manusia2 yang rakus. Tak salah dan tiada sesiapa pun rugi jika kita sama2 bergabung untuk bersih. Bukan kah "bersih" itu dituntut dalam islam?

Read more: http://amenoworld.blogspot.com/2011/07/fakta-bersih-yang-anda-mesti-tahu.html#ixzz1SFoWPkB5

'Sunat' Raihanah

14 Julai 2011, Khamis 12.00tgh
107 day @ 3bulan 16 hari

ALHAMDULILLAH..diberi kesempatan untuk tunaikan tanggungjawab to my lil princess..Raihanah Husna.. knp sekarang??? emmm..actually, dah plan lama untuk sunatkan hanah@husna nii..tapi bila dah ade 2 orang anak dan cik somi yang g job tak henti2 nii so tertangguh banyak kali laa.. dan sebabkan tak nak nyusahkan all my niece jugak..but finally kene juga 'pergunakan' bebudak niii..hehehe..sorry ekkk...
Kesian ayah dia..selalunye big things mcmni, cik somi nak share xprience..tp tak dapat lah tggu coz i'm not sure bile u cuti kan..sabar yek abnag sayang..:)

Perasaan???...memula tu xcited laa..tp risau n takut pun ade..Hanah pun agaknye camtu jugak kot.. dari pagi ibu dah briefing sikit, so dia paham la tu kot..muka cuak jek sepanjang perjalanan..baik je anak ibu nii.. ibu bangga ngan hanah..
tak caye?? ce tgok gambar nii..hehehehe..muka cuak tu..
otw to KMC
so far, syukur..baru ku tahu camtu rupanye proses 'sunat'kan BB girl..hehehe..pengalaman pertama.. ingatkan susah sgt nak jaga bile dah sunat nii..kawan2 yang dah ade girl mesti tak heran ngan citer ni kann..what ever just nak citer xprience je laa..mmg tak lupa punye..
hanah menangis kejappp jek..lepas pakai seluar semula..ok dah.. last2 tertidur atas bahu ibu.. olohh..olohhh..kesian puteri ibu nii..

selesai sudah..cam penat jek..

muka kepenatan hanah, maybe sbb takut same kot tu yang letih bangat tuhh.. so far, husna ok je..ok la tu kan..hehehe..

ok,sekian citer2 kami..

Netbook Adam

Assalamualaikum..
Curi2 masa sikit ni sebelum angkat Raihanah Husna masuk bilik dengan berbloging jap..
Takdelah citer best sangat..tapi cuma nak story morry about anak2 aje..maklumlah hidup house wife sekarang ni hanya dengan anak2 aje..


Rasenye tak pelik kalau sebut anak dapat netbook..tapi my little son ni baru umur 2 tahun 8 bulan tapi dah dapat netbook..sungguh tak aci..huhuhu..sepatutnye ayah gantikan dulu hp ibu yang hampir dihancurkan oleh anak kesayangannya niii..uwaaaa...kecik ati ibu..
alaa..dah rezeki adam kan..ibu pun boleh la tumpang guna 2 kaki jugak nanti bila balik kampung.. takkan ibu nak usung PC ibu ni pulakkan..hehehe.. Asal citer adam boleh dapat netbook ni takdelah dirancang..tp dah perangai ayah adam ni suka belikan something untuk anak bile balik dari job..kalau kene time gaji tu,alamat dapat barang 'besar' lah sikit..tapi kalau tengah bulan tu mainan je lah..tu pasal kotak mainan sampai 2 tong..tu pun tak masuk lagi dgn basikal tangan,basikal besar, kereta, dan motor dia..naik pening ibu dgn barang2 mainan adam niii..
Tapi rezeki adam kali ni 'besar' sikit..netbook ni buat dia main games dan layan citer2 kat you tube (backkom yg wajib)..dan yg paling penting dia tak kacau PC ibu dah dan tak kacau ibu time ibu bz dgn adik una..adam pun boleh la layan gambar2 dan video2 ayah..bila time dia rindu ayah..hehehe..

Anak2 ni tak salah kalau kita dedahkan dengan teknologi..so far adam cepat berlajar.. pandai On n Shut Down sendiri..kalau tak paham nak clik dia panggil lah ibu tolong..tak pun diusung netbook dia..pandai adam jaga netbook..





so far,cun jugak netbook warna kuning kan..
ok lah, stop sini dulu..
wassalam..

Sakit Mata

Assalamualaikum..


Nak tau, kami 3 beranak ni dok bergilir2 sakit mata..mula2 Raihanah ni..tah macamne boleh kene pun tak tau lah..tak keluar rumah pun, tak jumpa dgn org sakit mata pun, tapi still kene jgk..so, agak2 nye sbb udara lah..pasal..walaupun Raihanah dok dlm bilik je..tp angin masuk membawa debu2 sama..

Ibu bersungguh meng'cure'kan hanah ni..kesian lah..kecik2 lg dah sakit mata..emmm..bile Tok datang..Tok suh basuh mata dgn air sireh..untunglah pasal tok makan sireh..tak payah pening2 kepala memikir kat mane nak cari daun sireh..cukup 2 hari cuci mata hanah dgn sireh, dah semakin ok diselang selikan dgn ubat mata, susu ibu, dah air zam2..hehehe..ikhtiar jek..2 minngu ja, mata hanah dah ok..ALHAMDULILLAH..


Lepas je Hanah sihat, ibu pulak sakit..tp tak lah teruk sangat psl..tak keluar rumah..so mata tak berair sangat..jadi cepatlah sembuh..bersulam dgn air zam2 dan ubat mata je...

Lepas je Ibu declare sakit mata 1 hari, adam pulak berjangkit..cik abang adam ni lambatlah sikit nak baik..susah nak kasi ubat kat dia..Hari2 kene tukar taktik..tp bila dia pergi rumah mak long dia..memang kene paksalah dgn pak long..siap kene rasuah dulu..Adam ni panjang akal sikit..macam2 alasan dan idea dia nak ngelak..Tp kalau dgn ibu,terpaksa main taktik air mata lah..Ibu kene merayu2, baru dia kesian..sabar je lah..mengalah jua akhirnye..

macam2 kerenah anak2 kene layan.


Adam masih dalam proses penyembuhan..Ayah adam tengok gambar adam sakit mata..terus nak balik dari Miri.. Untung adam dapat ayah yang penyayang macam ni..hehehe..


mata adam sakit sebelah kiri, hanah sakit sebelah kanan..tapi mata hanah dah tak merah.


ok, Bye.

Raihanah Husna

Salammm..



Haa..hari ni ade mase sikit..meh kawan2 dgr citer I ni ekkss.. hehehe..


ni bkn ape..nk sambung citer psl kenangan bersalinkan Raihanah ni..hari dah 53hari..ishh..sblm ni tak sabar nak tunggu sampai 44day tapi bile dah sampai 44hari rase lega..bkn sbb nak belasah makanan tp rase lega lah....almaklumlahh,dah bosan n penat tul berpantang niii..hihihi..


3-4 hari sblm bersalin, badan ni mmg cepat penat n dah tak larat..time ni mmg malas nak ikut hsbn kuar gi mane2..tp cik hsbn ni suka bawak adam jalan2..so,secara tak langsung tu..terikutlah same..dah nak2 pulok my mom in law dah datang umah time ni..rase2 dah 5 hari jugak lah.. so,sblm bersalin ni..bawaklah mak pusing2 kuantan ni..walhalnye kuantan ni tak de pun tempat best2..



Then, mlm 28hb tu..tah kenapa..letih badan ni..nak baring jek..adam lak mmg selalu wat perangai..so many requestlah..susu pun nk ibu buatkan..padahal ayah dia ade jekk.. emmm...mmg mengundang nahas lahhh..ape lagi, si ibu yg mmg x berapa waras ni marah2 lahh.. kesian si adam tuu..tertidur jap sblm solat isyak..alaaa..tido2 ayam jek.. then pukul 12 tu bangun solat..pastu rase cam dah kuar tanda2..so, ignore je dulu..emmm..baring2 jap tapi hati ni kuat menyatakan akan bersalin tak lama lagi..so, pergilah ke dapur nak rendamkan akar Kembang Fatimah niii...emmm..sape2 yg kenal ngan akar ni mesti tau untuk ape kan..kan..kan..






Tetiba kat dapur tu..ade air yg turun..alamakkk..cuak gak..panggil cik somi to confirm..mmg sah air ketuban..huhuhu..dengan wajah yg tenang..i said..oklah..jom bersiap..cik somi ni agak nervous lah psl dia x pernah tgok keadaan tuu..



haaaa..tu lah, dulu time nak bersalin adam dulu dok sebok benda lain.. (sabar..sabar..sabar)





Lepas bersiap dgn mandi..solat hajat..ngaji..kami turun g hospital dlm pukul 3.15 am.. emmm..malam ni hujan..yg peliknye..tak sakit pun perut ni..then bile dah samapi hospital, dijemput oleh staff KMC tu dgn 'wilcha' n payung..



emm..tapi 'jalan' masih tak buka..so tido dalam wad dulu lah..adam pun ade..mak mertua pun ade..



Lepas mandikan adam, bersarapan, pukul 9 Dr.Suriaty datang check 'jalan'..



"ok, masuk labour room".. Dr.Su



"alamak..ni yg ngeri niii..Ya Allah..kuatkan semangatku.."



Dari pukul 9.30am sampai pukul 12.30pm, dok dalam labour room tu dgn perasaan takut..cam org 1st time bersalin jekk..adam mmg dok usha line nak masuk bilik ibu..nasib baik time2 tu tak bz..so, sekali je lah adam dapat masuk..dia sedih jek tengok ibu sakit..sedih gak hati tengok adam..rase cam tak nak berpisah..then adam dah start buat perangai..maklumlah..kurang tido..penat lagi..waktu cik somi g hntr adam kat kakak sepupu dia..mak temankan..ALHAMDULILLAH..mak banyak bagi semangat..dzikir n baca macam2 semoga dimudahkan urusan..kat mulut ni tak payah cakaplah..mcm2 baca..




Setiap anak berbeza2 pengalaman bersalin..tp semua isteri harap somi ade disisi kan..samelah kite..hehehe



to all encik2 somi..time2 camni ketahuilah anda,isteri2 mengharapkan anda disisi sbg penguat semangat tau..



ALHAMDULILLAH, 29hb March 2011 jam 2.32 pm lahirlah BB gurlz..dgn berat 3.13kg..


1st Day



Raihanah Husna (7 day) discharge dr HTAA coz juandis




10 hari
48 hari Raihanah sakit mata
51 hari abg adam pulak sakit mata





Maka,berakhirlah perjuangan kali ni..tak taulah bile pulak rezeki ke-3 and the next..next.. tp ape2 pun saya doakan kepada rakan2 n sedara2 yg masih menanti saat ni Moga ALLAH murahkan rezeki kamu2..ade hikmah disebalik ujian ini..

Orang Baru..

Bz..bz..bz..itu rutin sekarang..coz dah bertambah orang baru dlm family nii..ALHAMDULILLAH..
nak perkenalkan bb gurlz ni kene amik mase lama sikit..hehehe..whatever..Syukur kpd ILAHI dgn anugerah ini..Raihanah Husna..itulah namenye..
tp nak upload gambar dan cerita2 ni kene tggu mase free yg panjanglah..coz skrg ni pun tengah berPANTANG lagi..Cerita yg biase dan maybe same dgn ibu2 lain..tp inilah kenangan dah pengalaman namenye kan..untuk dikenang dan ditatap oleh insan2 yg sudilah..hehehe.. madahlah pulokkk..
ok, ape2 pun..nantilah dulu..
Bye..

Projek Pulut sri Kaya/sekaya...

Hmmm...
Asal je petang, pikir nk masak ape..ni kira rajin sikitlah niiiee..so, biel dengar santan ade terus rendam beras pulut untuk dibuat kuih pulut Sekaya..maybe ade org panggil nama lain kot..

Biasenye klu nak makan kuih ni kene tunggu bulan Ramadhan je..psl time tu lah mak akan buat.. Iar tangan mak mmg sedap..menjadi jek walaupun masuk air wap.. huhuhu..
Tp sampai bile kan asyik nak suruh mak masak..jd belajar2lah sendiri..
dulu-dulu klu buat, keras sampai baling dinding pun tak pecah..kadang2 tuuu lebik sangat lah.. Pulut x masak lah..emmm..macam2 jadi sehingga nak dapat betul2 menjadi..
Kuih ni leceh nyerr tang kepala tu lah..memag sedap dimakan time petang camni.. biase orang jual tu keras ke tang kepala tuuu..tp stail mka I buat ni tak pakai tepung gandum..cuma pakai tepung beras je..tu yg lembut n manis2 gitu..
Ni kes tak sedar diri ni tau..pasal perut ni dah 32 week..berat pun makin naik..& nurse dah pesan suh kurangkan makan karbohidrat nihh..tp lantak lah..bukan selalu pun..sekali sekala je makan benda2 yg heavy n sweet nihh...
haa..ni lah rupenye..rase2 kawan2 lain lagi expert buat kuih ni..I buat main agak2 je bahan2nye..tak de sukatan yang fixed..just agak2 je...klu nak tulis resepi tu..takut tak jadi lak..

hehehe..ape-ape pun utk tatapan kawan jek lah..nnt kalau ade mase lg..akan try masukkan resepinye..
Selamat Menjamu Selera!!!






Roti Naik or Roti Sosej

Assalamualaikumm..

Hari ni rase2 mcm nk share resepi masakn pulak..bkn ape, sejak2 jd housewife ni suka sgt godek2 blog n wall masakan..agak2nye mmg inilah hobi para suri kan..ape pun, ape2 yg mengeyangkan perut, kita layan same2..
To all friend, klu rase2 rajin sikit tu meh la mencuba resepi yg mmg 'fames' gak le di FB.. so, utk memuaskan ati ni..x cukup jamu mata aje,mulut pun kene jamu gak..kire tak rugi klu belajar2 memasak ni..blh jadi income jugak if betul interested lah kan..

Resepi hari ni namenye... ROti NaIk..ni adaptasi dr resepi Kak Cha lah.. ikut kreativiti memasing camne nk lebih menarik dan berselera..betul tak?? kire betul lah tuuu...
dalam bab memasak, my hero always akan ade..Adam ni bkn setakat suka sgt tgok ibunye memasak, tp mesti nk tolong sekali..seronok gak ade teman memasak mcm si kecik nihh..tp kdg2 bikin haruu pun ade..

meh layan pic dulu..


tgh membakar nihh.

ni yg dah siap disapu marjerin, siap tabur bijan lagi..


ni roti yg intinye sosej..Adam suka sungguh sosej2 nihh..


tarrraaaaa..ni kira yg dah siap diedit..nk bg terliur kan..
lupa lak nk snap sambal bilis..cicah sambal bilis enak sekali..

haa...ni nak bagi resepinye kat kawan2 semua..jgn memalu menorai ekkksss..
Bahan A;
Yis/mauripan 11gm
air suam 1/2 cawan
gula 1 sudu besar
Tepung gandum 1 sudu besar
satukan semua bahan Adan biarkan yis naik
Bahan B;
2 sudu besar marjerin planta/mentega cair
Bahan C;
1 cwn gula dilarutkan dgn 1/2 cwn air panas (gula blh sikurangkan) utk dijadikan sirap gula
Bahan D;
3 cwn or lebih Tepung Gandum + 1 cwn terpung gandum
Cara2nya;
1-prepare sirap gula dulu coz nk guna suam2 jek
2-Masukkan 3 cwn tepung ke dlm bekas,masukkan bahan2 A, B dan C, dan uli tepung.
3- Baki 1 cwn tepungtadi bolehlah digunakan sedikit demi sedikit semasa menguli..buat hingga adunan tak melekat ditangan..kalau tepung tak cukup, blh tambah lg..
4- Biarkan adunan naik, bila dah naik, blh lah dibentuk2 dan diisi inti or ape2 aje mengikut kreativiti masing2.
5. Susun adunan didalam loyang yg telah disapu planta, dan biarkan naik sekali lagi (lebih kurang 30-40 minit)
6- Bakar pada suhu 180'C, 30 minit atau lebih dan ber gantung pada oven masing2..
7- setelah masak, keluarkan dan terus sapukan marjerin di atas roti..
ok, selamat mencuba yek semua..
wslm...