Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnye seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka keatas tubuhnye.
Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah diantara dua darjat ialah 500 darjat. syurga itu adalah kampung kesenangan, tiada masuk kedalamnye melainkan orang yang menyukai kanak2.
Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah diantara dua darjat ialah 500 darjat. syurga itu adalah kampung kesenangan, tiada masuk kedalamnye melainkan orang yang menyukai kanak2.
Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang2 dan kembali kerumah dgn buah tangan utk anak2nya, nescaya mendapat Rahmat dr Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak.
Muliakan anak2 dgn mengajar mereka dgn adab dan ilmu agama. Barangsiapa memuliakan anak2nya dlm keadaaan jahil dia turut menanggung tiap2 dosa yg dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.
Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata;
"Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium "
Sabda Nabi SAW; "Orang yg tidak menyayangi tidak pula akan disayangi"
Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang utk ahli keluarganya dan dia memikul kerumahnya; pahalanye seperti dia memikul sedekah utk orang yg sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
Seorang lelaki bertanya," Ya Rasulullah, kepada siapakah aku harus berbakti?"
Jawab Baginda ; " Berbaktilah kepada ibu bapamu."
Kata lelaki itu lagi; "Ibu bapaku sudah tiada lagi".
Sabda Nabi SAW;" kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibu bapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak keatas dirimu".
Ini lah sikit2 coretan tazkirah yg masih ade dlm simpanan..nak buat peringatan utk diri ini dan semua pembaca.. kira mcm kempen la jgk yekk..org yg tak ade anak lg mungkin tak paham perasaan ini..oleh itu..moh le kita sayangi anak kita..belai n didiklah mereka..tp bukan rosakakn mereka..