Tahun nii..

Assalamualaiku..
Kenapa tajuk post saya mcm tu???skrg ni kan dah tgh tahun..hehehe..sebenarnye, tahun ni punye corat-coret atau cuti2 malaysia bersama adam dan ayah adam langsung takde lagi dlm blog ni.. Hanya tazkirah je..emmm..itu tandanye, saya sekarang amat bz..not lazy yekk..

Rasa hati ni nak upload gambar2 kami sekeluarga..gama\bar2 anak comel yg semakin membesar n telatahnye yg macam2..biasa laaa, orang anak sulung mestilah citer dia je yg menarik sekarang walaupun anak org lain pun sama je..hehehhe..rasa2 ibu2 seMalaysia semua setuju kan..hahaha (gelak puas ati)..

Rasanye, citer thn lps x abis lg..so, I mulakan dgn citer adam g K.L jumpa nenek yg baru balik dr Mekah..knp K.L?? Coz, Nenek adam turun kat KLIA, so anak2 yg kat K.L sambut mak kat sana..Syukur ALHAMDULILLAH, mak selamat pergi dan selamat balik..dengan ceria mak peluk anak cucu..hihihi..sbnrnye I x de kat situ, cuma tgok gambar je laahhh..kami otw ke KL selepas 2 hr mak kat KL..mak x balik kedah lg..emm..bile dah jumpa mak kat Sepang (umah A.yi) kami balik ke Kedah..sbb nak wat majlis Doa Selamat utk mak, tp otw nak ke kedah tu, cik abg dapat call utk g job..huhuhu..ape lah nasib.tp kami balik jgk kedah sehari coz nak jumpa adik beradik yg balik cuti..then, esoknye, lepas zohor (kul 4 ptg)..x masuk asar lg kan..kami bertolak la dr kedah balik Kuantan..waaaa....so tired tau..tp untung gak la I pandai drive..blh la ganti2.. emm..yg tak boleh lupa tu..kat highway..area Perak lg..kereta semua meluncur laju..so, kita pun terasa mcm nak laju jgk..naik bukit ke turun bukit ke semacam je semua laju..tp tetiba, kerata depan slow..haaa...ni dah agak dah, mesti ade kemalangan..Sah..mmg sah..ade xcident..teruk..Myvi terbakar, penungang motor tu muka terkoyak dan anak dia menangis kat mak dia yg tak sedar atas jln tu..lepas tu semua kereta slow jee..haaa..baru tenang..masing2 berhati bila drive lps tgok xcident tu...

Kami sampai kuantan pukul 1.30 pg camtu laa..then tomorrow tu kul 5.30 pg hntr cik abg ke airport nak g vietnam. Biasa laa..nak cari rezeki utk keluarga, masing2 perlu berkorban. Redha tu yg penting..Alhamdulillah, kami saling memahami..

Then, bermula la kisah adam yg kesunyian sbb klu ayah ade, ayah selalu bwk adam jalan2..hehehe..adam bergaya dgn jubah nenek bg..Thanks nenek..
Adam dgn jubah nenek bg..blh pakai raya nii..hihihi
tu citer awal tahun yg mmg rasanye dah basi..camni lah klu suka wat tangguh2..dah lama sgt..
so far, byk gak le g berjln tahun ni..baru 1/2 thn dah 2 negeri g jln.. Labuan dan Kelantan.. ni dah lari dari budget..so,cik abg kene paham lah yek..
nak masukkan citer2 n pic kat labuan...tp stop dulu lah.. buka post lain lak..klu x berbulan lg lah pending..

Cium anak pun boleh dapat pahala

Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnye seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka keatas tubuhnye.

Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah diantara dua darjat ialah 500 darjat. syurga itu adalah kampung kesenangan, tiada masuk kedalamnye melainkan orang yang menyukai kanak2.


Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang2 dan kembali kerumah dgn buah tangan utk anak2nya, nescaya mendapat Rahmat dr Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak.

Muliakan anak2 dgn mengajar mereka dgn adab dan ilmu agama. Barangsiapa memuliakan anak2nya dlm keadaaan jahil dia turut menanggung tiap2 dosa yg dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.

Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata;

"Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium "

Sabda Nabi SAW; "Orang yg tidak menyayangi tidak pula akan disayangi"

Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang utk ahli keluarganya dan dia memikul kerumahnya; pahalanye seperti dia memikul sedekah utk orang yg sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

Seorang lelaki bertanya," Ya Rasulullah, kepada siapakah aku harus berbakti?"
Jawab Baginda ; " Berbaktilah kepada ibu bapamu."

Kata lelaki itu lagi; "Ibu bapaku sudah tiada lagi".
Sabda Nabi SAW;" kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibu bapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak keatas dirimu".

Ini lah sikit2 coretan tazkirah yg masih ade dlm simpanan..nak buat peringatan utk diri ini dan semua pembaca.. kira mcm kempen la jgk yekk..org yg tak ade anak lg mungkin tak paham perasaan ini..oleh itu..moh le kita sayangi anak kita..belai n didiklah mereka..tp bukan rosakakn mereka..